📘✨ KAJIAN INDEKS PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN 2025 🗣️
📘✨ KAJIAN INDEKS PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN 2025 🗣️ Bahasa kebangsaan adalah identiti dan jiwa bangsa. Demi memperkukuh kedudukan serta penggunaan bahasa Melayu di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini melaksanakan Kajian Indeks Penggunaan Bahasa Kebangsaan 2025 bagi mengukur tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas . Kajian ini dijalankan untuk membantu DBP merangka dasar, merancang dan melaksanakan program penggalakan penggunaan bahasa kebangsaan secara lebih bersasar dan berkesan. Melalui kajian ini, pandangan anda amat penting bagi memperkukuh fungsi bahasa Melayu dalam urusan rasmi, pendidikan, media, dan kehidupan seharian. 💰 Yuran Penyertaan Percuma 📅 Tarikh Penting Tarikh Tutup: 30 November 2025 👥 Kelayakan Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. 🏆 Hadiah / Ganjaran Responden bertuah akan menerima baucar buku terbitan DBP bernilai RM5.00 , yang dipilih secara rawak oleh sis...