🎨🌿 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗞𝗢𝗟𝗔𝗝 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗 𝗡𝗔𝗧𝗨𝗥𝗘 𝗖𝗢𝗡𝗦𝗘𝗥𝗩𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗗𝗔𝗬 𝟮𝟬𝟮𝟲
🎨🌿 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗞𝗢𝗟𝗔𝗝 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗 𝗡𝗔𝗧𝗨𝗥𝗘 𝗖𝗢𝗡𝗦𝗘𝗥𝗩𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗗𝗔𝗬 𝟮𝟬𝟮𝟲 Sempena World Nature Conservation Day 2026 , Stella Rajendran Environmental Education Fund (SREEF) menganjurkan Pertandingan Seni Kolaj secara dalam talian yang terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan karya seni kreatif bertemakan konservasi alam semula jadi dengan menggunakan bahan kitar semula atau bahan semula jadi. 💰 YURAN: PERCUMA Penyertaan adalah percuma dan dibuka kepada peserta secara dalam talian. 🌿 TEMA Konservasi Alam Semula Jadi Antara idea yang boleh diketengahkan termasuk: Pemeliharaan hutan Pemuliharaan pantai Perlindungan hidupan liar Pemeliharaan biodiversiti Isu-isu berkaitan pemuliharaan alam semula jadi 📅 TARIKH PERTANDINGAN Tarikh Tutup: 27 September 2026 TARIKH AKHIR PENGHANTARAN KARYA ASAL Karya asal perlu dipos dan diterima selewat-lewat...