🎨 PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO JHDC 2025 ✨


🎨 PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO JHDC 2025

Johor Halal Development Corporation Sdn. Bhd. (JHDC), anak syarikat milik penuh PIJ Holdings (GLC Kerajaan Negeri Johor), dengan sukacitanya menjemput anda untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo JHDC 2025.

JHDC bakal berfungsi sebagai one stop agency dalam memperkukuh ekosistem halal negeri Johor. Pertandingan ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi idea kreatif melalui rekaan logo yang bakal menjadi simbol rasmi agensi halal negeri Johor.

Fungsi utama JHDC adalah untuk:
✅ Membantu usahawan mendapatkan khidmat nasihat mengenai halal
✅ Menjalankan audit kecukupan dokumentasi
✅ Menawarkan insentif daripada agensi berkaitan
✅ Menjadi agensi pembangunan halal negeri Johor

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030, yang telah diumumkan oleh YAB Menteri Besar Johor melalui Belanjawan 2025.


💵 Yuran Penyertaan
Percuma


📅 Tarikh Penting
Tarikh Tutup Penyertaan: 15 Oktober 2025


👥 Kelayakan
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa had umur.


🏆 Hadiah
🥇 Pemenang Utama: RM2,000.00 + Logo dipilih sebagai logo rasmi JHDC


📌 Syarat Penyertaan

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

  2. Reka bentuk logo mestilah asli, belum pernah digunakan atau diserahkan dalam mana-mana pertandingan, serta bebas daripada isu hak cipta pihak ketiga.

  3. Setiap penyertaan perlu disertakan penjelasan makna logo dan pemilihan warna.

  4. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.

  5. Hadiah Utama RM2,000.00 akan diberikan kepada pemenang, dan logo yang dipilih akan menjadi hak milik penuh JHDC.

  6. Pihak penganjur berhak mengubah atau membatalkan mana-mana penyertaan.


💻 Penyertaan Online: 

Klik di sini untuk hantar penyertaan


Pertanyaan & Maklumat Lanjut:

📞 Sila hubungi penganjur: +607-226 6366


🤝 Anjuran: PIJ Halal Ventures Sdn. Bhd.


✨ Inilah peluang anda untuk meninggalkan legasi melalui rekaan logo rasmi JHDC – cipta identiti halal Johor ke arah 2030!


📣 Stay Updated!
Subscribe to PertandinganKini.com.my to get future competition updates in your inbox.

🔒 Note from PertandinganKini:

All details above are based on information provided by the official organizers. Please refer to their website or contact them directly for clarification or the most recent updates.

Popular posts from this blog

PERTANDINGAN KUIZ AI KEBANGSAAN 2025

🎨 PERTANDINGAN MEWARNA & MELUKIS MYDOODLE@MERDEKA 2025

WORLD INNOVATION IN STEM COMPETITION 2025 (WINSTEM2025)