🎨 ENGLISH ON WHEELS – LOGO DESIGN COMPETITION 2026
🎨 ENGLISH ON WHEELS – LOGO DESIGN COMPETITION 2026
Adakah anak anda berbakat dalam seni dan reka bentuk? Inilah peluang terbaik untuk mereka menyerlahkan kreativiti melalui pertandingan yang menyeronokkan dan bermakna!
English On Wheels Logo Design Competition kini dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 7 hingga 17 tahun. Penyertaan adalah PERCUMA.
Kami mengalu-alukan para Guru Seni, ibu bapa dan penjaga untuk menggalakkan pelajar serta anak-anak menyertai pertandingan ini. Projek ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi peluang kepada peserta untuk menyumbang idea kreatif bagi membina identiti visual program “English On Wheels”.
📌 MAKLUMAT PERTANDINGAN
👥 Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 7 – 17 tahun
💰 Penyertaan adalah percuma
🎨 Reka logo yang kreatif dan bermakna berdasarkan projek “English On Wheels”
🏆 HADIAH MENARIK
🥇 Tempat Pertama – RM300
🥈 Tempat Kedua – RM150
🥉 Tempat Ketiga – RM50
Sijil Kepujian untuk pemenang & sekolah
Sijil Penyertaan untuk semua peserta
📅 TARIKH TUTUP TERKINI
Berita baik! Tarikh tutup telah dilanjutkan kepada:
31 Mac 2026
Lanjutan ini bertujuan memberi ruang kepada pihak sekolah untuk menjadikan pertandingan ini sebagai salah satu aktiviti kokurikulum (PAJSK).
📲 CARA PENGHANTARAN
Hantar penyertaan anda melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeQRUDib4qVeo0EbtIKzyr1tNaoQRPL7idQ_ylD8GKn1DLQMw/viewform?usp=preview
Untuk penghantaran dalam jumlah yang besar (pihak sekolah), sila hantar secara berperingkat terus ke emel:
📧 info@esumalaysia.org
🤝 SOKONGAN RASMI
Pertandingan ini kini mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, menjadikannya platform yang sesuai untuk pembangunan bakat pelajar dalam bidang seni dan kreativiti.
Para guru, jangan lepaskan peluang ini untuk mengetengahkan bakat pelajar anda. Ibu bapa dan penjaga, inilah masa terbaik untuk menyokong kreativiti anak-anak anda.
Kami menantikan penyertaan yang penuh idea segar dan inspirasi daripada seluruh Malaysia! ✨
📣 Stay Updated!
Subscribe to PertandinganKini.com.my to get future competition updates in your inbox.
🔒 Note from PertandinganKini:
All details above are based on information provided by the official organizers.
Please refer to their website or contact them directly for clarification or the most recent updates.
