🎥🎬 PERTANDINGAN VIDEO KREATIF SPAN 2026 🎬🎥


🎥🎬 PERTANDINGAN VIDEO KREATIF SPAN 2026 🎬🎥

Ada idea kreatif dan minat menghasilkan video bermakna?
Inilah peluang anda! Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjemput warganegara Malaysia untuk menyertai Pertandingan Video Kreatif SPAN 2026 bertemakan Penggunaan Air Secara Berhemat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjimatan air 💧

💰YURAN

Percuma

🗓️TARIKH

Tarikh Tutup Penyertaan:
8 Mac 2026

🎯KELAYAKAN

• Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 12 tahun ke atas
• Penyertaan individu atau berkumpulan
• Setiap peserta hanya dibenarkan satu (1) penyertaan sahaja
• Penyertaan juga terbuka kepada kakitangan SPAN sama ada secara tetap atau kontrak

🎁HADIAH

🏆 Kategori Video Konvensional
• 🥇 Tempat Pertama: RM3,000
• 🥈 Tempat Kedua: RM2,000
• 🥉 Tempat Ketiga: RM1,000

🏆 Kategori Video AI
• 🥇 Tempat Pertama: RM2,000
• 🥈 Tempat Kedua: RM1,000
• 🥉 Tempat Ketiga: RM500

📥CARA PENYERTAAN

• Hasilkan video mengikut tema Penggunaan Air Secara Berhemat
• Muat naik video ke akaun media sosial (Facebook / Instagram / TikTok / YouTube)
• Tetapan video mestilah ‘Public / Umum’
• Isi pautan video ke dalam borang pendaftaran berikut:
https://forms.gle/faXPk4UCN3c4YUsSA

📚SYARAT & PERATURAN

• Video mestilah karya asli, belum pernah dipertandingkan atau diterbitkan
• Kandungan video hendaklah menepati tema dan tidak menyentuh isu sensitif
• Dua kategori pertandingan:
1️⃣ Video Konvensional (rakaman sebenar / motion graphic)
2️⃣ Video AI (dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknologi AI)
• Durasi video: Kurang daripada 3 minit
• Format: MP4
• Resolusi: 1080p (Full HD)
• Orientasi: Landskap (16:9)
• Bahasa: Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris (sarikata digalakkan)
• Keputusan juri adalah muktamad

MAKLUMAT

Maklumat lanjut dan perincian syarat pertandingan boleh drujuk pada poster / portal rasmi SPAN https://www.facebook.com/span.my

📢ANJURAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)


Gunakan kreativiti anda untuk menyampaikan mesej penjimatan air demi masa depan yang lebih lestari.

Ayuh sertai sekarang dan jadikan video anda inspirasi kepada semua ✨💧


📣 Stay Updated!
Subscribe to PertandinganKini.com.my to get future competition updates in your inbox.


🔒 Note from PertandinganKini:
All details above are based on information provided by the official organizers. Please refer to their website or contact them directly for clarification or the most recent updates.

Popular posts from this blog

🎓⚡ KUIZ TENAGA LESTARI SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2026 ⚡🎓

PERTANDINGAN KUIZ AI KEBANGSAAN 2025

🎨 PERTANDINGAN MEWARNA & MELUKIS MYDOODLE@MERDEKA 2025