🌸 PERTANDINGAN FANART MODIFIGHT 🎨🔥
🌸 PERTANDINGAN FANART MODIFIGHT 🎨🔥
Peluang emas untuk semua peminat Modifight Webtoon!
Inilah masa untuk anda tunjukkan kreativiti dan gaya tersendiri dalam menghasilkan Fan Art Karakter Skuad Modifight!
Sertai pertandingan ini dan menangi hadiah menarik bernilai tunai serta merchandise eksklusif Modifight! 💥
💥 Yuran: Percuma
🗓 Tarikh Tutup Penyertaan: 28 November 2025
📍 Platform: Hantar melalui Google Form dan kongsi di media sosial
💥 Hashtag Rasmi: #fanartmodifight25
👉 Borang Penyertaan: https://forms.gle/SgN5758JETHky1Ja7
🎨 TERMA & SYARAT PENYERTAAN
1️⃣ Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2️⃣ Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu hasil karya, namun hanya satu karya terbaik akan dipilih untuk sesi pemarkahan.
3️⃣ Tema & Karya: Fan Art Karakter Skuad Modifight.
4️⃣ Peserta boleh melukis lebih daripada satu karakter dalam satu canvas, tetapi WAJIB menampilkan sekurang-kurangnya salah satu karakter utama — Rayyan atau Emilya.
(Rujuk gambar dan link Webtoon untuk rujukan karakter.)
5️⃣ Semua karya mesti dilukis secara digital, menggunakan perisian seperti:
- Photoshop
- Clip Studio Paint
- Procreate
- atau mana-mana perisian digital setara
6️⃣ Karya mestilah ciptaan asal peserta dan tidak meniru, menyalin, atau melanggar hak cipta pihak ketiga.
7️⃣ Penggunaan AI (Kecerdasan Buatan) untuk menghasilkan karya, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, tidak dibenarkan.
8️⃣ Karya tidak boleh mengandungi unsur NSFW seperti kandungan lucah, seksual, atau provokatif.
9️⃣ Karya juga tidak boleh mengandungi unsur keganasan ekstrem, darah berlebihan, atau kandungan menjijikkan.
🔟 Format fail diterima: JPEG atau PNG
– Bentuk: Landscape (Memanjang)
– Resolusi minimum: 300 DPI
🖌 CARA PENYERTAAN
1️⃣ Lukis Fan Art berdasarkan tema yang telah ditetapkan.
2️⃣ Hantar karya melalui Google Form di pautan di atas.
3️⃣ Kongsi karya anda di media sosial dengan hashtag #fanartmodifight25
🏆 HADIAH MENARIK MENANTI!
🥇 Tempat Pertama: RM350
🥈 Tempat Kedua: RM250
🥉 Tempat Ketiga: RM100
🎁 3 Pemenang Sagu Hati akan menerima merchandise eksklusif Modifight seperti:
- Keychain
- Bookmark
- Poster
(Tidak termasuk kos penghantaran)
⚠️ Penganjur berhak mengubah struktur atau nilai hadiah tanpa sebarang notis awal.
💪 Jangan tunggu lagi bro!
Keluarkan kreativiti anda dan jadilah sebahagian daripada komuniti seni digital Modifight!
Setiap goresan anda mungkin membawa pulang hadiah dan pengiktirafan besar! 🎨🔥
📣 Stay Updated!
Subscribe to PertandinganKini.com.my to get future competition updates in your inbox.
🔒 Note from PertandinganKini:
All details above are based on information provided by the official organizers.
Please refer to their website or contact them directly for clarification or the most recent updates.
