🎨 PERTANDINGAN MEREKA CIPTA DOODLE 🎉


🎨PERTANDINGAN MEREKA CIPTA DOODLE 🎉

Ayuh sertai pertandingan kreatif ini! OUM meraikan ulangtahun ke-25 dengan pertandingan doodle bertemakan “OUM25 Evolusi Pendidikan Digital”. Inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat seni dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai lumayan! 💡✨


📅 Tarikh Tutup

15 Oktober 2025

💰 Yuran Penyertaan

Percuma


👥
Syarat Penyertaan

  • Percuma dan terbuka kepada pelajar OUM serta orang awam warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

  • Ahli Jawatankuasa OUM25 atau panel penilai tidak dibenarkan menyertai.

  • Peserta boleh menghantar lebih daripada satu karya, namun hanya SATU (1) doodle akan dipilih sebagai pemenang.

  • Hanya karya peserta sendiri diterima.

  • Karya tidak boleh mengandungi unsur sensitif (agama, kaum, institusi raja) atau elemen yang menyinggung mana-mana pihak.

  • Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan berkaitan hasil karya.


📌 Tema Pertandingan

Doodle yang dihasilkan perlu menggambarkan:

  • Evolusi 25 tahun OUM

  • Inovasi pembelajaran dalam talian

  • Penglibatan pelajar & kebolehcapaian pendidikan

  • Transformasi teknologi pendidikan


🖌️ Format & Keperluan

  • Lukisan manual (lukisan tangan) sahaja, hitam & putih.

  • Saiz: A3 standard (297 mm × 420 mm).

  • Boleh memuatkan teks tetapi tidak mendominasi visual.

  • Hantar dalam format PDF / JPEG / PNG (min. 300 dpi).

  • Peserta disenarai pendek perlu menghantar lukisan asal & video pitching konsep doodle.

  • Karya mesti asli, bukan AI, ciplak, atau plagiat.


🏆 Hadiah Menarik

🥇 Tempat Pertama: RM 4,000
🥈 Tempat Kedua: RM 2,000
🥉 Tempat Ketiga: RM 1,000
🎖️  Saguhati: 9 x RM 300


📑 Pendaftaran

Isi borang penyertaan melalui pautan berikut:
👉 Borang Penyertaan


📧 Pertanyaan

Sebarang pertanyaan sila hubungi: nurulfizah@oum.edu.my


🤝 Anjuran

Fakulti Teknologi dan Sains Gunaan – Program Sarjana Muda Rekabentuk Media Digital, Open University Malaysia (OUM)


🌟 Jangan lepaskan peluang ini untuk berkarya dan menonjolkan kreativiti anda sempena 25 tahun perjalanan OUM! 🚀🎉


📣 Stay Updated! 
Subscribe to PertandinganKini.com.my to get future competition updates in your inbox. 

 🔒 Note from PertandinganKini: 
All details above are based on information provided by the official organizers. Please refer to their website or contact them directly for clarification or the most recent updates.

Popular posts from this blog

PERTANDINGAN KUIZ AI KEBANGSAAN 2025

🎨 PERTANDINGAN MEWARNA & MELUKIS MYDOODLE@MERDEKA 2025

WORLD INNOVATION IN STEM COMPETITION 2025 (WINSTEM2025)