π’✨PERTANDINGAN MENULIS & MENDEKLAMASI PUISI PENGAKAP MALAYSIA 2025 ✨π’
π’✨PERTANDINGAN MENULIS & MENDEKLAMASI PUISI PENGAKAP MALAYSIA 2025 ✨π’
Persekutuan Pengakap Malaysia mengalu-alukan semua ahli Pengakap untuk menyertai Pertandingan Menulis dan Mendeklamasi Puisi 2025 dengan tema:
“Malaysia, Pengakap & Masa Depan” π²πΎπ
Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan kreativiti, menanam semangat cintakan negara, serta menghayati nilai kepengakapan melalui karya seni puisi dan deklamasi yang penuh penghayatan.
π Kategori Penyertaan:
-
π§’ Pengakap Kanak-kanak (10 – 12 tahun)
-
π Pengakap Muda & Remaja (13 – 17 tahun)
-
π Pengakap Kelana (18 – 26 tahun)
π Hadiah Menarik Setiap Kategori:
π₯ Tempat Pertama – RM300
π₯ Tempat Kedua – RM200
π₯ Tempat Ketiga – RM100
π
Tempat Keempat – RM50
π
Tempat Kelima – RM50
π Syarat Umum Penyertaan:
-
Terbuka kepada semua ahli Pengakap Malaysia mengikut kategori.
-
Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) karya.
-
Karya mestilah asli, belum pernah diterbitkan atau dipertandingkan.
-
Bahasa penulisan: Bahasa Melayu.
✍️ Penulisan Puisi:
-
Panjang: 20 – 30 baris.
-
Font: Arial, saiz 12, langkau 1.5.
-
Format fail: PDF / DOCX.
-
Sertakan maklumat lengkap: Nama penuh, No. Ahli Pengakap, Kategori umur, Nama pasukan/unit.
π€ Video Deklamasi:
-
Durasi: 2 – 5 minit.
-
Format: MP4 / MOV / AVI (maksimum 500MB).
-
Dirakam dalam mod mendatar (landscape), suara & gambar jelas.
-
Peserta perlu memperkenalkan diri (Nama, Unit Pengakap, Tajuk Puisi).
-
Pakaian seragam Pengakap digalakkan.
-
Bacaan puisi boleh berlatarbelakangkan muzik tradisi.
-
Hak cipta karya kekal milik peserta, namun penganjur berhak menggunakan karya bagi tujuan rasmi.
π¬ Cara Penyertaan:
Muat turun borang penyertaan disini
-
Muat naik karya ke Google Drive/Dropbox.
-
Hantar kayaa anda bersama borang penyertaan lengkap ke:
π§ comstar@scouts.my
☎️ Pertanyaan:
Encik Mohammed Sofian bin Baharom
Setiausaha Eksekutif Komunikasi Korporat
π 012-9034698
π§ pertandingan.puisi.comstar@gmail.com
π€ Anjuran Bersama:
Persekutuan Pengakap Malaysia
π Inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat menulis & mendeklamasi sambil memupuk semangat kepengakapan dan cinta negara. Ayuh sahut cabaran ini dan buktikan bakat anda di pentas puisi Pengakap Malaysia! ✨π