π¦Έ♂️ PERADUAN MENCARI SUPERHEROES – SEMPENA BMS 2025 π¦Έ♀️
π¦Έ♂️ PERADUAN MENCARI SUPERHEROES – SEMPENA BMS 2025 π¦Έ♀️
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menganjurkan Peraduan Mencari Superheroes bersempena Kempen Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025.
Peraduan ini meraikan ibu bapa sebagai wira sebenar dalam kehidupan anak-anak dan mengangkat kisah inspirasi mereka dalam mengurus kewangan pendidikan melalui perkongsian video kreatif.
π Hadiah Utama: RM10,000 Tunai untuk seorang (1) pemenang yang dinobatkan sebagai “Superhero Terunggul”!
π Tarikh Tutup
1 – 25 Oktober 2025
π°Yuran
PERCUMA
π§π€π§ Kelayakan
✅ Terbuka kepada semua pendeposit / penerima manfaat Simpan SSPN
❌ Tidak layak disertai oleh kakitangan PTPTN serta ahli keluarga terdekat (pasangan & anak-anak)
π¬ Cara Penyertaan
-
Hasilkan video kreatif & menarik (BM atau BI) bertemakan “Menabung” & “Superhero”.
-
Video mestilah menonjolkan peranan ibu bapa sebagai “superhero kewangan” dan kepentingan menabung untuk pendidikan anak.
-
Durasi video maksimum 3 minit.
-
Muat naik di media sosial (Facebook / TikTok / Instagram) dengan hashtag rasmi:
#MencariSuperheroBMS2025 #BMS2025 #SimpanSSPN #WorldSavingsDay -
Pastikan akaun dalam mod Public & tag @PTPTNOfficial.
π Terma & Syarat Penting
-
Kandungan video mesti sesuai untuk tontonan umum, bersih, sopan & tidak mengandungi unsur sensitif (agama, kaum, politik).
-
Pakaian mestilah kemas & sopan, tidak menjolok mata.
-
Sebarang logo PTPTN/Simpan SSPN mestilah logo rasmi terkini.
-
Tidak dibenarkan aksi berbahaya, elemen negatif atau bahan hak cipta tanpa kebenaran.
-
Peserta boleh hantar lebih daripada satu (1) video, tetapi hanya layak menang satu (1) hadiah.
π Hadiah
π₯ Hadiah Utama – RM10,000 Tunai + e-Sijil (1 pemenang)
π³ Tuntutan Hadiah
Hadiah berbentuk wang tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime pemenang dalam tempoh 2 bulan selepas pengumuman.
➡️ Jika pemenang tiada akaun, PTPTN akan membukanya secara pre-opening berdasarkan maklumat yang diberikan.
π Maklumat Lanjut
π’ Anjuran:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) – Sempena Bulan Menabung Simpan SSPN 2025
π Jangan lepaskan peluang ini! Jadilah Superhero Kewangan untuk anak anda π