π‘ PERTANDINGAN REKA CIPTA DAN INOVASI PENJIMATAN AIR 2025 π°✨
π‘ PERTANDINGAN REKA CIPTA DAN INOVASI PENJIMATAN AIR 2025 π°✨
Peluang hebat buat pelajar seluruh Malaysia! Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Penjimatan Air 2025 kini dibuka untuk mencabar kreativiti dan idea inovatif berkaitan teknologi serta kaedah penjimatan air.
Pertandingan ini dianjurkan bagi memberi ruang kepada pelajar mengetengahkan bakat, mengasah kemahiran penyelidikan, serta menghasilkan penyelesaian yang mampu memberi impak kepada isu kelestarian air negara. Ia bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang kepentingan air, malah mendorong inovasi baharu yang boleh diaplikasikan secara praktikal dalam kehidupan seharian.
π Tarikh Tutup Penyertaan
31 Ogos 2025
πSemua kumpulan perlu menghantar kertas cadangan projek selewat-lewatnya pada tarikh ini.
πContoh kertas cadangan diserta pada terma & syarat. Sila Rujuk.
π° Yuran Penyertaan
PERCUMA
π₯ Kelayakan Penyertaan
-
Terbuka kepada pelajar IPTA, IPTS dan Politeknik di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
-
Penyertaan adalah secara berkumpulan (maksimum 10 orang setiap kumpulan).
-
Setiap kumpulan hanya boleh menghantar 1 projek sahaja.
-
Sesebuah institusi boleh menghantar lebih daripada satu kumpulan tanpa had.
π Kriteria Penilaian
Projek yang dihantar akan dinilai berdasarkan:
-
Inovasi & Kreativiti: Tahap kebaharuan dan keunikan idea.
-
Keberkesanan: Keupayaan projek menyelesaikan isu penjimatan air.
-
Impak: Manfaat projek kepada masyarakat dan alam sekitar.
-
Kelestarian: Projek mesra alam dan boleh diguna pakai dalam jangka masa panjang.
-
Pembentangan: Kejelasan, penyampaian dan dokumentasi projek.
π Hadiah & Kategori Pemenang
-
Tempat Pertama: RM5,000
-
Tempat Kedua: RM4,000
-
Tempat Ketiga: RM3,000
-
Tempat ke-4 hingga ke-10: RM1,000 setiap kumpulan
π Jadual Pertandingan
-
Penilaian dokumen: 1 – 12 September 2025
-
Pengumuman 10 kumpulan terpilih: 15 September 2025
-
Pembangunan prototype: 15 September – 7 November 2025
-
Pembentangan & penilaian prototype: 10 – 14 November 2025
-
Pengumuman pemenang: November 2025 (di laman rasmi SPAN & media sosial)
π₯ Pendaftaran & Borang Penyertaan
-
Borang Pendaftaran Peserta: Klik di sini
-
Terma & Syarat: Klik di sini
βΉ️ Maklumat Lanjut
Pertanyaan boleh diajukan ke sekretariat pertandingan melalui emel:
spanmalaysiaukk@gmail.com
π€ Anjuran Bersama
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
π Sertai Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Penjimatan Air 2025 dan buktikan bahawa idea serta kreativiti anda mampu mencipta penyelesaian lestari untuk masa depan! π§π