๐ŸŽฎ PERTANDINGAN HEPILI INTERACTIVE CHALLENGE 2025 – PERINGKAT KEBANGSAAN ๐Ÿ“š


๐ŸŽฎ PERTANDINGAN HEPILI INTERACTIVE CHALLENGE 2025 – PERINGKAT KEBANGSAAN ๐Ÿ“š

Sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2025, pihak penganjur menganjurkan Pertandingan HePiLI Interactive Challenge khas untuk murid prasekolah, tabika/tadika dan sekolah rendah di seluruh negara.

Pertandingan ini memberi fokus kepada budaya hidup sihat merangkumi enam (6) skop utama: aktiviti fizikal, minda sihat, makan sihat & selamat, kebersihan diri, kebersihan persekitaran dan tingkah laku berisiko. Matlamat utama adalah melahirkan generasi muda yang sihat, cerdas dan kreatif melalui pendidikan interaktif dan menyeronokkan.


๐Ÿ’ฐYuran Penyertaan

PERCUMA


๐ŸŽฏ Sasaran Penyertaan

  • Kategori 1: Murid Prasekolah & Tabika/Tadika (4 – 6 tahun) - [hanya terbuka kepada yg melaksanakan Tunas Doktor Muda shj.]

  • Kategori 2: Murid Sekolah Rendah Tahap 1 (Tahun 1 – 3)

  • Kategori 3: Murid Sekolah Rendah Tahap 2 (Tahun 4 – 6)


๐Ÿ“… Tarikh & Tempoh Pertandingan

  • 1 – 21 September 2025 (mengikut kategori):

    • Prasekolah & Tabika/Tadika → 1 – 7 September 2025

    • Sekolah Rendah Tahap 1 → 8 – 14 September 2025

    • Sekolah Rendah Tahap 2 → 15 – 21 September 2025

๐Ÿ“Œ Peserta perlu menamatkan semua permainan dalam tempoh 7 hari yang diberikan. Permainan boleh disambung pada hari berlainan sekiranya tidak sempat menamatkan pada hari yang sama.


๐Ÿ“ Kaedah & Panduan

  • Infografik pendaftaran dan cara melaksanakan permainan interaktif akan dihebahkan mengikut kategori melalui Facebook & Instagram HePiLI Network.

    • Prasekolah → diumumkan bermula 1 September 2025

    • Sekolah Rendah Tahap 1 → diumumkan bermula 8 September 2025

    • Sekolah Rendah Tahap 2 → diumumkan bermula 15 September 2025

  • Permainan hanya boleh diakses menggunakan komputer (desktop/laptop).

  • Jumlah permainan mengikut kategori:

    • Prasekolah: 17 permainan

    • Sekolah Rendah: 18 permainan

  • Markah ditentukan berdasarkan kepantasan & ketepatan jawapan.


๐Ÿ† Hadiah Menarik

Kategori Prasekolah/Tabika
๐Ÿฅ‡ RM500 + Sijil Pencapaian
๐Ÿฅˆ RM300 + Sijil Pencapaian
๐Ÿฅ‰ RM200 + Sijil Pencapaian
๐ŸŽ–️ Saguhati (Ke-4 & Ke-5) + Sijil
๐Ÿ“œ e-Sijil untuk semua peserta

Kategori Sekolah Rendah (Tahap 1 & 2)
๐Ÿฅ‡ RM500 + Sijil Pencapaian
๐Ÿฅˆ RM300 + Sijil Pencapaian
๐Ÿฅ‰ RM200 + Sijil Pencapaian
๐ŸŽ–️ Saguhati (Ke-4 & Ke-5) + Sijil
๐Ÿ“œ e-Sijil untuk semua peserta


๐Ÿ“Œ Maklumat Lanjut

๐Ÿ“ง Email: hepili@moh.gov.my

๐Ÿ“ฑ Facebook: HePiLI Network

๐Ÿ‘‰ Pemenang akan diumumkan pada 30 September 2025 melalui Facebook HePiLI Network dan dihubungi oleh urus setia mulai 1 Oktober 2025.


๐Ÿ”” Jangan lepaskan peluang untuk mencabar minda, bermain sambil belajar dan memupuk budaya hidup sihat. Sertai sekarang dan menangi hadiah lumayan bersama sijil pengiktirafan!


Anjuran Bersama: 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


๐Ÿ’ก Hidup sihat bermula dari kecil – sertai cabaran interaktif ini sekarang! ๐Ÿš€


๐Ÿ“ฃ Stay Updated! 
Subscribe to PertandinganKini.com.my to get future competition updates in your inbox. 

 ๐Ÿ”’ Note from PertandinganKini: 
All details above are based on information provided by the official organizers. Please refer to their website or contact them directly for clarification or the most recent updates.

Popular posts from this blog

PERTANDINGAN KUIZ AI KEBANGSAAN 2025

๐ŸŽจ PERTANDINGAN MEWARNA & MELUKIS MYDOODLE@MERDEKA 2025

WORLD INNOVATION IN STEM COMPETITION 2025 (WINSTEM2025)