📸 PERTANDINGAN FOTOGRAFI HARI KEMERDEKAAN 2025
📸 PERTANDINGAN FOTOGRAFI HARI KEMERDEKAAN 2025
🌟 Perpustakaan Negara
Malaysia (PNM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara
menganjurkan Pertandingan Fotografi Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2025
bertemakan:
👉 “Rukun Negara Teras
Perpaduan”
Pertandingan ini memberi
peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menzahirkan kepentingan lima
prinsip Rukun Negara dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatu padu
melalui karya fotografi.
📅 Tarikh Penting
- Tarikh akhir penyertaan: 31 Ogos 2025
- Kaedah penghantaran: Melalui pos berdaftar sahaja
🎯 Tema Pertandingan
“Rukun Negara Teras Perpaduan”
🏆 Hadiah Pertandingan
- 🥇 Tempat Pertama: RM500
- 🥈 Tempat Kedua: RM300
- 🥉 Tempat Ketiga: RM150
🧑🤝🧑 Kelayakan Penyertaan
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
- Setiap peserta boleh menghantar maksimum 2 keping gambar sahaja.
📋 Syarat & Spesifikasi Gambar
✅ Hasil karya mestilah asli dan diambil menggunakan kamera digital atau telefon pintar.
✅ Dicetak dalam saiz 4R (4” x 6”) dan dilekatkan pada mounting hitam atau putih bersaiz A4.
✅ Di belakang mounting, sertakan:
- Nama penuh peserta
- Umur & No. Kad Pengenalan
- Tajuk gambar
- Nombor telefon
- Keterangan ringkas gambar (tidak melebihi 50 perkataan)
✅ Gambar tidak boleh mengandungi unsur politik, perkauman, lucah, provokatif, watermark, atau logo syarikat.
✅ Suntingan asas (cahaya & kontras) dibenarkan, tetapi manipulasi digital berlebihan tidak dibenarkan.
📮 Cara Penghantaran
Hantar gambar bercetak melalui pos berdaftar ke alamat berikut:
📌 Urusetia Pertandingan Fotografi
Unit Terbitan Bersiri, Aras 6
Bangunan Menara Perpustakaan Negara Malaysia
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur
👉 Pastikan gambar dimasukkan dalam bekas yang kukuh (sampul keras/ tiub khas cetakan) untuk elak kerosakan.
📊 Kriteria Penilaian
✔ Komposisi & kreativiti
✔ Kualiti cetakan & persembahan fizikal
👉 Keputusan juri adalah muktamad.
📌 Nota Penting
Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju memberi kebenaran kepada Perpustakaan Negara Malaysia untuk menggunakan, menyimpan, menerbitkan, mempamerkan serta menyebarkan gambar yang dihantar bagi tujuan promosi, dokumentasi, laporan tahunan, media sosial, atau penerbitan rasmi, tanpa sebarang bayaran tambahan.
📞 Pertanyaan & Maklumat Lanjut
☎ Urusetia Pertandingan: 03-2687 1818
📧 Emel: mohdhisham@pnm.gov.my / suzana@pnm.gov.my
🌐 Laman web: pnm.gov.my
📢 Anjuran Bersama:
✅ Kementerian Perpaduan
Negara
✅ Perpustakaan Negara
Malaysia (PNM)
✨ Sertai sekarang dan
rakamkan momen yang membangkitkan semangat perpaduan rakyat Malaysia! 📸
📣 Stay Updated!
Subscribe
to PertandinganKini.com.my to get future
competition updates in your inbox.
🔒 Note from PertandinganKini:
All details
above are based on information provided by the official organizers. Please
refer to their website or contact them directly for clarification or the most
recent updates.