πΈ PERTANDINGAN FOTO & VIDEO PENDEK SEMPENA HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2025 π₯
πΈ PERTANDINGAN FOTO & VIDEO PENDEK SEMPENA HARI
KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2025 π₯
π Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) menjemput semua pelajar dan staf Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan untuk menyertai Pertandingan Foto &
Video Pendek bersempena sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia
2025.
Inilah peluang untuk menonjolkan kreativiti anda sambil mengangkat semangat
patriotisme ke peringkat tertinggi!
π Tarikh Penting
Tarikh tutup penyertaan: 15 September 2025 (Isnin)
Yuran: PERCUMA
π― Tema Pertandingan
“Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni” – Paparkan nilai-nilai Malaysia MADANI seperti perpaduan, kepimpinan, hormat-menghormati, dan semangat kekitaan dalam hasil karya anda.
π° Hadiah Menarik
π· Kategori Foto
- π₯ RM500 + Sijil
- π₯ RM300 + Sijil
- π₯ RM200 + Sijil
- π Saguhati (3 peserta): RM50
- π₯ RM1,000 + Sijil
- π₯ RM700 + Sijil
- π₯ RM500 + Sijil
- π Saguhati (3 peserta): RM100
π Syarat Ringkas Penyertaan
π·Terbuka kepada pelajar & staf Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan, warganegara Malaysia.
π·Setiap peserta hanya dibenarkan satu penyertaan bagi setiap kategori (foto / video).
π·Foto wajib bersaiz mendatar (horizontal).
π·Video mesti dihasilkan dalam format orientasi mendatar dengan durasi 1 hingga 2 minit.
π·Peserta WAJIB mengikuti media sosial rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
π·Hantar karya ke komunikasikorporat.kpt@gmail.com dengan hashtag rasmi #KPTMerdeka68 & #MerdekaBerilmu.
π·Karya perlu mempunyai penceritaan menarik dan disertakan penerangan (caption) dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
π·Untuk kategori foto, maksimum 5 gambar dibenarkan bagi setiap penyertaan.
π·Untuk kategori video, minimum 1 minit dan maksimum 2 minit
π·Penyertaan berunsur sensitif atau plagiat akan ditolak.
π·Penggunaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) tidak dibenarkan.
π·Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
π’ Anjuran Bersama:
✅ Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT)
✨ Jangan lepaskan peluang
untuk berkongsi karya terbaik anda yang mampu membangkitkan semangat
kemerdekaan seluruh rakyat Malaysia! π²πΎ
π£ Stay Updated!
Subscribe to PertandinganKini.com.my to get future competition updates in your inbox.
π Note from PertandinganKini: